Sinopsis :
Kasih Alia mengisahkan konflik dalam keluarga yang berpoligami. Sheila Rusly sebagai isteri pertama mempunyai anak iaitu Qausar dan Yatt (kakak Qausar). Manakala Zairina Zainoordin sebagai isteri kedua. Qausar (lakonan Shaarnaz) sebagai anak bongsu kepada Shiela Rusly dan abang tiri kepada Alia (lakonan Fida). Feeya seorang pelakon baru akan memegang watak sebagai Intan iaitu seorang yang agak jahat dan gedik. Kisah di dalam drama ini diisi dengan babak sedih, lucu dan penuh kasih sayang. Fida juga akan menyanyikan lagu OST dalam Kasih Alia, bertajuk Teriakan Kalbu.
“Kasih Alia” nenampilkan sentuhan kreatif pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland. Drama bersiri 26 episod ini membariskan Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.
P/s : Jahat sangat Mama Anis tu kan.....benci tengok dye!!..geram!!
P/s : Fida tersweet g2...cute sangat2 dye tu ^__^
Create by Mumuiy shima Tan @ LadyFoto

No comments:
Post a Comment